Tuesday, 18 June 2013

VAN UNTUK DIJUAL

Bismillah.

Van sekolah untuk dijual. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi mudir, Ustaz Azamhari Mohammood (013 4040777)



RM 6 000. Harga boleh dirunding lagi.

Thursday, 13 June 2013

SKIM AKIKAH UNTUK TABUNG MAKANAN SRI AT TAQWA

SKIM AKIKAH UNTUK TABUNG MAKANAN SRI AT TAQWA.

TUAN/PUAN YANG INGIN MELAKUKAN TAHLIL DAN AKIKAH  UNTUK YANG TERSAYANG, SILA HUBUNGI

USTAZ AZAMHARI (MUDIR) : 013 4040707
PEJABAT : 049382326

KAMBING (SEEKOR) : RM 600
LEMBU (SEBAHAGIAN) : RM 600

TENTANG SEKOLAH



Sejarah Ringkas Penubuhan

Sekolah Rendah Islam (SRI) At Taqwa atau nama lamanya Madrasah Ad Diniah telah diwujudkan sejak tahun 1948. Sistem pengajian umum bercirikan pondok yang dibahagikan kepada dua iaitu pondok dalam dan pondok luar. Pondok dalam adalah untuk mereka yang sudah berumah tangga, manakala pondok luar untuk mereka yang masih bujang.

Pengajian secara umum ini diberikan oleh Tuan Guru Haji Rejab, Tuan Guru Haji Bakar, dan Tuan Guru Haji Tahir. Bangunan asal madrasah ini bertiang bulat, atap rumbia dan berdinding buluh.

Pengajian pondok ini berlanjutan sehingga 17 tahun sehinggalah pada tahun 1963, apabila bangunan dibina, maka sistem persekolahan telah diperkenalkan disamping mengekalkan sistem umum yang ada. Selain itu, ditambah pengajian sesi petang untuk masyarakat kampung.

Setelah Tuan Guru Haji Rejab meninggal, maka perkembangan sekolah ini terbantut kerana ketiadaan pengganti yang bersedia. Namun, sisitem umum dapat diteruskan walau tidak sepenuh masa oleh Tuan Guru Haji Hamid iaitu menantu Tuan Guru Haji Rejab. Setelah Tuan Guru Haji Hamid dijemput Ilahi, maka sistem pengajian ini terus terhenti.

Pada tahun 1990, satu cadangan telah dikemukakan oleh Tuan Haji Ramli bin Haji Senawi iaitu salah seorang anak murid Tuan Guru Haji Rejab kepada masyarakat tempatan untuk diwujudkan kembali sistem pengajian sekolah agama di peringkat sekolah rendah di Madrasah ini kerana 80% kemudahan telah tersedia.

Maka cadangan ini dibincangkan secara serius oleh satu Jawatankuasa Penaja yang dipengerusi oleh Ustaz Hashim Jasin lulusan Universiti Bagdad. Perbincangan ini menghasilkan beberapa keputusan yang baik untuk mewujudkan sebuah sekolah agama rakyat diperingkat rendah.

Maka pada 10 Disember 1990, Sekolah Rendah Islam (SRI) At Taqwa diwujudkan melalui wang derma permulaan dari ahli jawatankuasa penaja dan pengubahsuaian dilakukan secara gotong royong oleh penduduk setempat.


Objektif Penubuhan

1. Melahirkan individu Muslim yang soleh dengan menghayati ilmu pengetahuan yang diperoleh.
2. Membentuk generasi yang mampu diketengahkan dalam masyarakat moden yang mampu menghadapi cabaran masakini.
3. Melahirkan pelajar yang mampu memahami realiti masyarakat Islam antarabangsa dihari ini dan berusaha untuk mengembalikan kekuatan umat Islam seperti di zaman Rasulullah.


Moto

Ilmu Amal Taqwa

DARI MEJA MUDIR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Kejayaan dan keberkesanan pendidikan banyak berkait rapat dengan kesedaran, keinsafan dan tanggungjawab guru sebagai pendidik, di samping mempunyai kelengkapan  keilmuan yang cukup dan sahsiah luhur. Guru turut akur dengan tuntutan perubahan nilai masa, justeru  menyatukan semua elemen seperti tanggungjawab terhadap pelajar,  tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab  terhadap masyarakat dan negara sebagai keperluan untuk mewujudkan sebuah negara bangsa  yang  berjaya.

Dengan rasa ketanggungjawaban atas Islam, maka kami disini akan berusaha bersungguh-sungguh mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna.

Mudir
Sek Ren Islam At Taqwa
Azamhari Mohamood.

Wednesday, 12 June 2013

Selamat Datang


Selamat Datang Ke Blog Sek Ren Islam At Taqwa.

Km 10 Jalan Kaki Bukit, 02400 Beseri, Perlis.
Tel / Fax : 04-9382326
Emel : sri_taqwa@yahoo.com